Tuesday, August 3, 2010

KERJA KURSUS & PROJEK SPM - PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 - TINGKATAN 4 (2010)

Khas untuk murid-murid Tingkatan 4D dan 4F SMK Tinggi Kajang (2010)
Sila klik pada links yang disertakan untuk maklumat lengkap berhubung kerja kursus ini.

1.  Format Pertaksiran Prinsip Akaun SPM 2011
http://apps2.moe.gov.my/lpm/files/kerjakursus/SPM2010/Prinsip%20Perakaunan/BUKU%20FORMAT%20PENTAKSIRAN%20PRINSIP%20PERAKAUNAN%20SPM%202011.pdf

2.  Panduan Pelaksanaan & Penilaian Projek 3756/3 SPM 2011 Untuk Tingkatan 4 (Ogos - September 2010)
http://apps2.moe.gov.my/lpm/files/kerjakursus/SPM2010/Prinsip%20Perakaunan/Buku%20Panduan%20Pelaksanaan%20Projek%203756_3%20Ting%204.pdf

3.  Tugasan Projek 3756/3 Bagi Tingkatan 4 (2010) 

http://apps2.moe.gov.my/lpm/files/kerjakursus/SPM2010/Prinsip%20Perakaunan/Tugasan%20Projek%20Ting%204%203756_3.pdf

Monday, May 3, 2010

Dewan Negara: Transformasi Kurikulum Beri Penekanan Pembelajaran Menyeronokkan

03 Mei, 2010 13:49 PM

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Program transformasi kurikulum yang sedang dilaksanakan memberi penekanan kepada pembelajaran yang menyeronokkan dan melibatkan perubahan dalam bentuk serta kandungan penjadualan waktu, Dewan Negara diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata transformasi kurikulum itu bagaimanapun masih berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) walaupun menggunakan pendekatan yang berlainan.

"Transformasi ini turut memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rashid Ngah di sini.

Abdul Rashid dalam soalannya ingin tahu tentang apakah yang dimaksudkan dengan transformasi pendidikan dan adakah ia memerlukan kajian semula ke atas dasar dan falsafah pendidikan negara.

Wee berkata transformasi kurikulum ini turut melibatkan pengukuhan dan pemantapan sifat serta peribadi pelajar yang berasaskan kepada enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian sikap dan nilai, kemanusiaan, fizikal dan estetika, literasi sains dan teknologi, serta ketrampilan diri bagi melahirkan insan holistik.

"Kaedah ini adalah untuk memastikan kurikulum yang diajar berjaya membentuk dan melahirkan murid yang mempunyai peribadi kental dalam menangani masalah sosial yang wujud di kalangan masyarakat hari ini," katanya.

Beliau berkata dalam proses transformasi itu, elemen inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat diajar secara ekplisit kepada murid selain menyediakan ruang dan peluang untuk membangunkan modal insan yang lebih holistik, berpengetahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.

Wee berkata transformasi kurikulum pada peringkat pra-sekolah mula dilaksana tahun ini, manakala peringkat sekolah rendah akan mula dilaksanakan tahun depan untuk murid Tahun 1 dan sekolah menengah bermula dengan murid Tingkatan 1 pada tahun 2012.

Menjawab soalan Senator Datuk Akbar Ali mengenai bagaimana transformasi boleh merealisasikan Model Ekonomi Baru sekurang-kurangnya dalam aspek struktur guna tenaga, Wee berkata kementerian sentiasa melakukan pembaharuan dalam aspek literasi sains dan teknologi yang terdapat dalam enam tunjang utama transformasi.

"Mungkin sudah tiba masa untuk menambah subjek vokasional dan teknikal di sekolah menengah bagi membantu pelajar yang langsung tidak boleh belajar.

"Kita akan guna platform ini untuk latih mereka, mungkin Tingkatan empat atau lima untuk dapat Sijil Kemahiran Malaysia tahap kedua, sekurang-kurangnya sebagai asas untuk latih mereka kuasai ilmu dan seterusnya memenuhi pasaran luar," katanya.

-- BERNAMA

Wednesday, April 14, 2010

Keberkesanan Kurikulum Baru Bergantung Keupayaan Guru - TPM

14 April, 2010 16:47 PM

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keberkesanan kurikulum baru sekolah akan banyak bergantung kepada keupayaan guru meningkatkan amalan pendidikan dalam kelas.

Beliau berkata strategi pengajaran dan pembelajaran perlu menggunakan pendekatan proses penyelidikan secara membina, pembelajaran mengikut konteks, penguasaan pembelajaran yang menggabungkan pelbagai teknik fokus kepada pelajar.

"Ini termasuk uji kaji, perbincangan rakan sebaya, rangsangan, lawatan lapangan dan aktiviti menyelesai masalah yang membolehkan aplikasi sumber di dalam dan di luar bilik darjah.

"Saya berharap dengan pelaksanaan kurikulum baru ini, para guru kita akan menjadi lebih inovatif dalam cara mengajar dan menggunakan pendekatan baru untuk merangsang pemikiran kreatif dan memupuk potensi inovasi pelajar," katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia 2010 di Pusat Konvensyen Sunway Piramid di sini Rabu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata kurikulum baru itu akan menggabungkan elemen kreativiti, inovasi dan kemahiran hidup dalam proses pengajaran dan pembelajaran, membabitkan semua mata pelajaran, adalah sebahagian agenda kerajaan untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua.

Beliau berkata kurikulum baru itu akan membuka ruang kepada pelajar untuk menerokai dan menggunakan kaedah baru dalam pembelajaran melalui uji kaji, reka cipta dan penyelidikan.

"Pendekatan baru ini bukan sahaja diguna pakai dalam mata pelajaran sains tetapi juga kemahiran hidup dan keusahawanan," katanya.

Muhyiddin berkata usaha untuk menggabungkan lebih banyak aspek kreativiti dan inovasi dalam sistem pendidikan negara tidak akan sempurna tanpa dimasukkan peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Beliau berkata penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah membolehkan pembelajaran interaktif, yang lebih berkesan dan merangsang minda.

Usaha untuk mendorong kreativiti dan inovasi dalam sistem pendidikan, katanya juga memerlukan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta, ahli akademik dan industri, pakar dan pengamal pendidikan untuk mengusahakan dan merangsang proses pemupukan itu dan meningkatkan potensi inovasi pelajar melalui pendidikan berkualiti.

"Pendek kata, kita perlu menjana pemikiran kreatif dan memupuk budaya inovasi dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dan kita perlu lakukan ini sebagai sebuah komuniti pendidik yang kreatif dan inovatif," katanya.

Muhyiddin berkata menyedari hakikat ekonomi baru dan pelbagai cabaran yang menanti, kerajaan perlu menilai semula model pembangunan modal insan Malaysia.

Katanya sistem pendidikan negara, daripada peringkat prasekolah hingga pengajian tinggi, perlu ditumpukan untuk mengeluarkan individu berwibawa dan tenaga kerja yang kompetitif di masa depan.

"Kita perlu menyediakan persekitaran yang sesuai untuk memupuk kreativiti dan inovasi yang akan membolehkan transformasi lebih besar terhadap ekonomi dan sosial negara kita. Jika berbuat sebaliknya, kita akan merisikokan keupayaan daya saing dan kemakmuran ekonomi kita," katanya.

Oleh yang demikian, katanya di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, fokus kerajaan ialah menambah baik model pembangunan modal insan negara dengan menggabungkan lebih banyak aspek kreativiti dan inovasi dalam sistem pendidikan.

-- BERNAMA

Wednesday, March 31, 2010

30 Pelajar Terbaik SPM 2009 Terima Biasiswa Nasional

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Seramai 30 pelajar paling cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang mendapat "A+" bagi semua mata pelajaran Rabu diumumkan sebagai penerima Biasiswa Nasional 2010 yang diwujudkan buat pertama kali.

Mereka akan berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia dalam bidang-bidang pilihan mereka yang telah diiktiraf oleh kerajaan.

Senarai penerima biasiswa itu diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan petang Rabu.

Mereka ialah Gladys Tan Yee Kim (SMK Green Road, Kuching) yang merupakan pelajar terbaik SPM 2009, Grace Kiew Sze-Ern (SMK Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya), Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan, Labu), Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar), Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah, Seremban), Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Gombak), Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Baharu) Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka), Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Gombak), Hu May Khei (SMK Convent, Taiping);

Muhammad Amal Aiman Mohd Yusof (MRSM Kota Baharu), Kuah Jia Ying (SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang), Chean Chung Shen (SMK Methodist (ACS) Sitiawan), Ahmad Zhafir Zulkfli@Zulkifli (SBPI Temerloh), Goh Diangde (SMK Derma, Kangar), Ameenah Azman (Kolej Tunku Kurshiah, Seremban), Erin Chuah Wei Yen (SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur), Mohamad Syukri Azmi (MRSM Kota Baharu),Muhammad Syafiq Kamarulzaman (SBPI Selandar), Neelam Devi Nath (SMK Buloh Kasap, Segamat);

Ooi Hui Lynn (SMK Convent Green Lane, Pulau Pinang), Nurliyana Sanusi (MRSM Kota Baharu), Gan Li Fang (SMK Tun Mamat, Tangkak), Muhammad Sallehuddin Mansor (SMK Matang, Perak), Muhammad Izzat Solihuddin (MRSM Tun Ghafar Baba), Nurizzati Zainal Nazeri (Kolej Yayasan Saad, Melaka), Khairunnisa Che Bahrun (Maahad Ahmadi, Tanah Merah), Nurulaida Mohd Darus (SBPI Jempol, Negeri Sembilan), Loh Sook Yin (SMK Tinggi St David, Melaka) dan Malathy a/p Balakrishnan (SMK Ibrahim, Sungai Petani). Biasiswa itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2010 di Parlimen pada Oktober lepas sebagai ganjaran untuk pelajar yang cemerlang.

Perdana Menteri juga berkata pemilihan adalah berdasarkan merit dan penerima biasiswa akan dapat melanjutkan pelajaran ke universiti terkenal dunia.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu, pelajar-pelajar yang ditawarkan biasiswa itu akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Setiap pelajar dikehendaki mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan semasa di peringkat persediaan bagi melayakkan mereka meneruskan pengajian di luar negara.

Mulai tahun ini, kerajaan telah memutuskan untuk menaja pelajar lepasan SPM yang paling cemerlang mengikuti pengajian ke universiti-univeriti terkemuka di peringkat ijazah pertama di dalam dan luar negara.

"Program penajaan ini bertujuan untuk menyediakan biasiswa yang berprestij untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang paling cemerlang dalam melahirkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin kesinambungan keupayaan negara pada masa akan datang," menurut kenyataan itu.

Pelajar terbaik SPM 2009 Gladys Tan, selepas menerima keputusan peperiksaan itu pada 11 Mac lepas, berkata beliau bercita-cita menjadi seorang pensyarah dalam bidang kaji hayat atau yang berkaitan dengannya.



-- BERNAMA

Wednesday, March 24, 2010

Program Q3A

Untuk kecemerlangan calon PMR program Q3A akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Tarikh Mula Program : 30 Mac 2010
Masa : 7.00 - 7.30 pagi
Tempat : Kelas 3H

Monday, March 22, 2010

Jawatan Kuasa Kurikulum 2010

UNIT KURIKULUM 2010



SETIAUSAHA: PN AZETA ISMAIL
KAUNSELOR: KETUA KAUNSELOR


BIDANG BAHASA

Pengerusi : Pengetua
Timb.Pengerusi : Penolong Kanan

GKMP : Pn Shamsinah Ibrahim
AJK : Ketua Panitia
BM : Pn Fadzilah Othman
BI/EST : Pn Ho Mee Yung
B.Tamil : Pn Amuthavally
B.Cina : Pn Lim Yu Teng


BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL

Pengerusi : Pengetua
Timb.Pengerusi : Penolong Kanan


GKMP : Pn Siti Yami Perchil
AJK : Ketua Panitia
KHB : Pn Aesah Hussin
Ekon.Asas : Pn Hawizah Abdan
Tek.Kej : Pn Hanim Ahmad
Luk.Kej : Pn Siti Halimah Mamat
P. Perakaunan : Pn Noor Aini Harun
Perdagangan : Cik Aliah Zaini


BIDANG SAINS SOSIAL

Pengerusi : Pengetua
Timb.Pengerusi : Penolong Kanan


GKMP : Pn Munah Mohd Yusup
AJK : Ketua Panitia
Sejarah : Pn Damithah Burhanuddin
Geografi : Pn Posmawati Abdullah
Pend.Islam : Pn Anoryah Ansor
Pend.Moral : Pn Amuthahvally
Tas.Islam : Pn Zainab Ayob
PJK : En Sa’ari Abd Hamid
Pend.Seni Visual : Pn Nita Hamid
Siviks & Kewarganegaraan: Pn Missuriyati Penyelaras
KKQ : En Ramzi Yunus
B.Arab : Pn Ruzitah Redwan


BIDANG SAINS & MATEMATIK

Pengerusi : Pengetua
Timb.Pengerusi : Penolong Kanan


GKMP : En Soh Bon Chuan
AJK : Ketua Panitia
Sains : Pn Khadijah Omar
Matematik : Pn Mazila Muda
Kimia : Pn Bashiroh Hj Mahmood
Fizik : Pn Noralina Ishak
Biologi : Datin Siti Rapeah
Mat.Tambahan : En Ng Kok Lye


AKADEMIK TING 6


Pengerusi : Pengetua
Timb.Pengerusi : PK Tingkatan 6
Ketua Peny M/P
Teras : Pn Maizura Kadir
: Pn Fam Chen Ai
Sains : Cik Heng YK
Sains Sosial : Pn Mastura Bachik


RANCANGAN KHAS DAN KAA

Pengerusi : Pengetua
Timb.Pengerusi : Penolong Kanan
Penyelaras RK : Pn Fatimah Mat Husin
Penyelaras KAA : Pn Ruzitah Redwan
AJK : Semua Guru M/P Kelas RK dan KAA


PPSMI

Pengerusi: Pengetua
Timb.Pengerusi: Pen Kanan
Naib Peng: PK Petang
S/U: En Soh Bon Chuan
Pen S/U: Pn Shamsinah Ibrahim
Peny: Pn Sarleena bt Mamat
AJK: Semua guru Sains,
Matematik dan B Inggeris
Aset : Pn Munira
Pn Sri Latha